Sunday, 10 June 2012

Kisah Aku & Dia

Aku masih ingat pertemuan  pertama kami dulu, kat satu tempat yang jadi nadi pengangkutan di negeri Perlis..Stesen bas Kangar,tempat yang jadi sejarah aku dan dia.pertemuan yang buat hati aku terpaut, tersimpul mati pada si dia. masing-masing masih kekok, mungkin masih tak biasa. aku cuba mulakan perbualan, diselangi panggilan mnja aku padanya. tersenyum dia mendengarnya, dan senyuman itu yang aku ingat smapai sekarang. detik2 pertemuan kami aku pahatkan dalam sanubari,biarlah dia cinta terakhir aku.
 
 Benar pepatah lama, bumi mana tak ditimpa hujan, begitu juga perhubungan kami. pabila cinta mula bersemi, hati mula bertaut, aku memberanikan diriku menceritakan perihalnya pada ibuku. dan apa yang aku terima membuatkan aku lemah.ibuku tidak merestui perhubungan kami. Alasannya mudah, mak nak orang semenanjung. Aku terdiam seketika. Fikiranku buntu memmikirkan si dia. apa yang harus aku lakukan.patutkah aku kecewakan si dia yang tulus mencintaiku..ahh..hatiku memberontak..tapi memikirkan ibuku mahu yang terbaik untukku, aku tenangkan dia..hatiku amat sayangkan dia,satu perassan yang tak pernah aku alami..gadis-gadis sebelumnya, jika ibuku kata tidak, akan aku lakukan, biarpun air mata perawan mereka menitis.

 Malam ini, hatiku keras menyaakan keputusan ibuku padanya..sebaik saja aku selesai bercakap dengannya, aku mendengar esakan yang membuat hatiku amat bersalah dan sedih pada masa yang sama. apa salahnya menerima nasib sebegini.lalu aku nekadkan hati, memujuknya dan menyatakan hasraku untuk memujuk ibuku menerima hubungan kami. Esakannya masih ku dengar dan kata yang diucapkannya membuatkan aku semakin sedih..kalau ibumu mahukan begitu, ikutlah,jangn lawan cakapnya,,aku terus menutup speaker telefon supaya dia tidak dengari tangisan aku..aku tenangkan diri dan memintanya menungguku sekejap..lalu talian ku tamatkan, dan hatiku ku kuatkan untuk memujuk ibuku nanti.

No comments:

Post a Comment